Monday, November 3, 2008

Kasih Ibu

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

HARI ini 11 Mei, adalah Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia oleh ramai manusia yang berstatus anak. Ada yang sekadar menghantar kad atau menelefon ibu yang tinggal berjauhan; ada yang bertandang ke rumah ibu dengan membawa sejambak bunga dan ramai juga yang berkumpul adik-beradik dalam majlis jamuan khas untuk ibu.

Hari Ibu berasal usul di Amerika Syarikat. Ia dianjurkan oleh seorang wanita bernama Anna Jarvis pada 1907. Menurut cerita yang tidak rasmi, Anna berasa amat bersalah kerana ibunya telah meninggal dunia sebelum dia sempat menuntut maaf setelah mereka bertengkar.

Lalu Anna berniat di pusara ibunya untuk melakukan sesuatu bagi mengenang jasa ibunya. Dia mula membayar niatnya dengan menghadiahkan 500 jambak bunga teluki putih untuk diagihkan kepada setiap ibu yang datang ke gereja St. Andrew's Methodist Episcopal Church di Grafton, West Virginia. Pada 11 Mei 1908, gereja tersebut mengadakan majlis membaca doa khas untuk semua ibu.

Lebih kurang begitulah cerita yang Awang ketahui mengenai asal usul Hari Ibu yang dirayakan di seluruh dunia pada 11 Mei setiap tahun. Bagaimanapun, ada juga negara-negara di Eropah yang menyambut pada hari Ahad terakhir bulan Mei dengan mengadakan majlis membaca doa di gereja.

Sambutan Hari Ibu ini lebih popular di kalangan penganut agama Kristian, tetapi ia kini turut dirayakan oleh sebilangan orang Islam. Perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu polemik.

Anggap sahaja Hari Ibu sama seperti Hari Guru, Hari Bapa, Hari Kebebasan Media dan sebagainya. Ia tiada kaitan dengan agama, cuma sekadar hari memperingati pengorbanan seorang insan yang paling berjasa kepada kita. Insan yang dipanggil ibu, mama, ummi, amma, bonda, emak atau apa sahaja ganti nama. Terpulanglah kepada individu sama ada mahu menyambut atau tidak Hari Ibu.

Namun dibandingkan dengan Hari Kekasih, merayakan Hari Ibu tentulah berbeza nilai dan martabatnya.

Awang sendiri tidak pernah menyambut Hari Ibu kerana ia bukan budaya generasi Awang. Lagipun Awang menganggap insan yang bernama ibu wajib diberi layanan istimewa sepanjang masa kerana syurga berada di bawah tapak kakinya. Tiada sifat kasih sayang yang boleh menandingi perasaan ibu terhadap anak-anaknya.

Sebenarnya Tuhan menzahirkan sifat kasih terhadap kita melalui ibu. Sebab itulah menderhaka kepada ibu tergolong sebagai dosa besar dan perbuatan yang amat dimurkai Allah.

Namun ramai manusia pada zaman ini semakin sibuk dengan urusan dunia dan kebajikan anak isteri sehingga terlupa kepada ibu, terutama ketika mereka tua. Ingatlah, jangan sampai hati ibu terluka kerana kasihnya terhadap anda adalah kasih Allah. Murka ibu juga bererti murka Allah terhadap anda.

SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

BERCAKAP fasal ibu, teringat Awang kepada satu pesanan dalam majalah Mastika keluaran September 2002. Disebabkan pesanan berkenaan agak panjang, disiarkan semula versi yang diringkaskan:

``Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mendidik kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Menjelang usia tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai.

Ketika berusia 14 tahun ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun. Semasa bercuti kita asyik mengunci pintu bilik. Ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia remaja, 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata ``... itu bukan urusan ibu.'' Setelah berusia 21 tahun, ibu memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata: ``Saya tak mahu jadi seperti ibu.''

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat petua mengenai penjagaan bayi, kita berkata, ``... itu dulu.''

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kenduri di kampung, kita berkata: ``Kami sibuk, tak ada masa nak datang.''

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu per satu.''

*petikan dari rencana pengarang Utusan Melaysia, 11 Mei 2003*

_____________________________________________________________________________________

This is an article that I have kept for more than 5 years. It has been laminated and is still hanging on my wall till today. The second part is the more meaningful one, as it was saying how much people are taking things for granted till they lost them forever. We should really learn to appreciate what we have while we could...Cheers!

2 comments:

  1. of all u posted, i love this one most. u know me.. hehe

    ReplyDelete
  2. hehehee...of coz i noe u babeh;P thanx 4 da comment! U r da first 1 btw....heeeeeee;)

    I personally like dis 1 too. and i thk u cud c dis article hanging on my wall everytime u come over kan...hehe

    anywaz, take care n hav fun in malaysia k baby!!

    ReplyDelete