Thursday, November 6, 2008

Peluang memilih harta atau politik

Ruang & Waktu Oleh Adam. A. Kadir

SUATU ketika dahulu saya suka memandang padang lumba kuda dari tingkat tertinggi Hotel Hilton di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Kehijauan yang segar menentukan bentuk bujur sirih yang dilingkungi oleh trek di mana kuda berlumba.

Kini segalanya itu sudah tiada lagi. Ia telah digantikan dengan Kuala Lumpur City Centre atau ringkasnya, KLCC. Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan paling tinggi di dunia mendominasikannya. Di sebelahnya tegak bangunan Maxis yang sangat harmoni dengan arkitektur menara itu. Maxis, seperti diketahui umum, ialah syarikat telefon selular.

Selepas disenaraikan, Maxis masih terus senama dengan T. Ananda Krishnan, selaku pemegang saham terbesar. Beliau ialah orang yang paling kaya di Malaysia, menurut majalah Malaysian Business. Kekayaan beliau yang solid bermula dengan idea mengambil alih tanah arena lumba kuda itu dan di atasnya ditegakkan kompleks KLCC dengan penyertaan Petronas.

Itu sepuluh tahun dahulu. Sejak itu beliau juga membuat nama selaku pemilik Astro, stesen penyiaran TV dan Radio secara kaedah kabel, lain daripada kaedah langsung TV Malaysia. Seorang profesor Universiti Harvard memberitahu saya bahawa Ananda Krishnan ialah seorang dermawan. ``Krishnan ialah seorang siswa saya. Dia banyak menghulur derma kepada fakulti kami,'' katanya. Krishnan ialah lulusan MBA dari Harvard Business School (HBS) pada tahun 1964.

Apa yang hendak saya perkatakan di sini bahawa kekayaan ialah sesuatu yang tidak boleh disisihkan sahaja dengan kata-kata kekayaan atau wang adalah durjana atau wang tidak boleh dibawa mati. Sebenarnya wang bukan semata-mata kertas atau akaun dalam bank.

Ia ukuran pemilikan harta yang datangnya dalam pelbagai bentuk. Pemilikan harta membolehkan seseorang membuat amal jariah, dalam bentuk derma, bantuan dan sebutlah sahaja berpuluh malah beratus cara yang lain.

Saya selalu mempunyai anggapan bahawa orang seperti Azman Hashim, Ibrahim Mohamad, Syed Kecik dan Rashid Hussein adalah kalangan Melayu terkaya di Malaysia yang mengatasi Syed Mokhtar Bukhary dan Mohamad Kamal. Sebaliknya, Syed Mokhtar dan Mohamad Kamal merupakan dua Melayu yang terkaya di sini.

Ini membuktikan kekayaan bukanlah sesuatu yang senang ditangani. Disiplin diri dan disiplin terhadap faktor-faktor yang boleh menjadi asas membuat keputusan pelaburan adalah sangat penting. Membuat keputusan yang baik atau buruk beberapa tahun sebelum ekonomi jatuh dalam tahun 1997 membawa hasil atau padah yang boleh disaksikan sekarang ini. Pelbagai maklumat tentang pelaburan Azman Hashim, Rashid Hussein, Syed Mokhtar dan Mohamad Kamal membuatkan prestasi dan tahap buruk-baik pelaburan mereka kini tidak memeranjatkan.

Dari segi peribadi, saya suka menyatakan pengalaman diri yang boleh dijadikan teladan atau sempadan, terutama untuk mereka yang sedang menaiki tangga kehidupan. Satu keputusan perlu diambil dalam tahun-tahun 1970-an, sama ada memilih kerjaya politik atau bisnes. Nilai hartanah dan harta lain menjaminkan pemupukan pelaburan seterusnya akan menambahkan saiz pemilikan harta saya.

Keputusan memilih kerjaya politik bererti terbantutnya sebarang tujuan pemupukan harta seterusnya. Namun 11 tahun selepas mendapat tempat di Parlimen, saya menghadapi realiti kehidupan di luar Parlimen pula.

Menoleh kembali, saya teringat ungkapan `bagaimana kalau'. Untuk itu satu soalan selalu timbul dalam minda: Bagaimana kalau diteruskan usaha dalam bisnes dan bukan politik?

Begini. Ramai menjadi kawan selepas saya mengikuti ilmu pengurusan bisnes di Harvard Business School dalam tahun 1981. Seorang dari Paris ialah ketua eksekutif sebuah kompeni besar yang membuat bisnes membina lebuh raya. Seorang lagi ialah presiden syarikat kereta api di Washington, ibu kota AS.

Pulang ke Malaysia, saya hendak menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi mencadangkan sistem lebuh raya moden dibina di negara ini. Tetapi saya terpaksa membatalkan idea itu kerana Perdana Menteri mahukan orang politik dan orang bisnes bertumpu kepada kerjaya masing-masing dan tidak dicampur-adukkan. Membuat pilihan untuk berpolitik bererti saya melupakan cadangan joint-venture dengan syarikat kawan di Perancis itu. Ketika itu, tidak ada pihak Malaysia yang berpengalaman membuat lebuh raya.

Dalam tahun 1986, tahun pertama saya menyertai Parlimen, Menteri Kewangan (Daim Zainuddin, belum Datuk atau Tun) menawarkan Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan harga RM1 (satu ringgit) dalam ucapan bajetnya. Harga itu tentunya termasuk menanggung hutang KTM sekali. Selepas berhubung dengan kawan di Washington, beliau lebih cenderung menjadikan KTM satu pengangkutan kargo dengan mengurangkan tekanan terhadap pengangkutan penumpang.

Bagaimanapun, senggang tidak berapa lama, peluang bisnes besar ini juga harus dilupakan kerana saya dilantik ke jawatan Setiausaha Parlimen, iaitu jawatan yang tidak membenarkan penyandangnya terlibat dalam bisnes langsung. Nasib politik Adib Adam atas sebab begitu sentiasa menjadi rujukan.

Selain daripada peluang-peluang begitu, saya juga berundur diri dalam kegiatan bisnes dalam negeri. Akhirnya rekod bisnes diri hanya berbangga dengan pemilikan bangunan terbesar di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bangunan 20 tingkat yang patut menjadi bangunan kepunyaan Melayu yang ketiga terbesar di Kuala Lumpur tidak menjadi kenyataan kerana tiada bank yang sanggup memberi pinjaman RM20 juta. Selain daripada sebab itu, kerjaya politik juga yang menghindarkan saya berusaha mendapat pinjaman segigih mungkin.

Saya kagum dengan kejayaan mereka yang memiliki kekayaan. Kini saya berpeluang berkawan dan melihat bekas ahli-ahli politik, termasuk menteri dan menteri besar. Tanpa jawatan dan tiada kemudahan untuk menjanakan harta (bagi mereka yang ada harta), mereka kelihatan begitu susut dan jauh berbanding dengan mereka yang hidup tegap di atas kekayaan yang terbentuk atas usaha sendiri. Buatlah pilihan dari sekarang, sebelum terlambat.

- DATUK ADAM KADIR ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara.

*petikan dari Utusan Malaysia, Ruang & Masa, 05/03/2003

__________________________________________________________________

1. This is another article that I have kept for more than 5 years. It was written by the author, after being in the politics for more than 10 years. I believe that he regreted his decision to join the politics which automatically rules him out of the business world.

2. Sad but true, political power does not last long. Once he retired from the office, he finally noticed that he is just no one, with no power, with no more authority and followers. The author regrets that he did not proceed with his business back then, even after he finished his MBA from Havard Business School (one of the leading business school in this world). He lost a few chances to persuade his business career because he was a senator. And once his political career was over, he found out that THE ONLY POWER THAT LAST FOREVER, IS MONETARY POWER---POWER WHICH IS GENERATED BY THE MONEY THAT ONE OWNS. He even envy some of his friends who are so successful in business such as Ananda Krishnan (the richest Malaysian and they both went to the same business school coincidently). He wished he could retire like them.

3. I have read somewhere that there was this former Mentari Besar(MB) from a northern state, beat an airport worker up cause the worker was not helping his mother who was ill and on a wheel chair. The MB has already retired at that time obviously, and I guess it started when the worker was too slow or refuse to help. Apparently the MB was frustated for not getting the attention. He was the former head of state. He should get special attention, he believes. But one thing surely, he has forgotten that in the eye of the worker he was just like everyone else in the airport, he no longer the once powerful MB. The cruel fact is, when a person joins the politics, someday he will definitely have to retire and subsequently lose ALL the power that he once owned. But for monetary power, YOU WILL HAVE IT AS LONG AS YOU COULD KEEP THE MONEY. Will Lim Goh Tong ever be treated like the former MB? I don't think so. He died rich. He even pass the baton---his power, to his beloved son.

4. If someday I have the opportunity to make a choice between politic and business, I think I know what I want. I won't deny that political power and connections are important, but I know I don't have to own them directly. Befriended with them is enough.

5. I remember once asking one of my chinese friends, "Which one do you wanna be, the US president or the Jews in US?"

"I wanna be like the Jews definitely. We have seen a few US presidents for the past 20 years that I hardly could remember their name now, but I see the same people controling the business and the big corporations in US over that same period. Anyways, these are the people who are controlling the white house indirectly with their money..." He answered without hesitate. Frank, but true...

Heh, I forgot that he's a Malaysian chinese. That is EXACTLY their mentality by the way.

Cheers!


No comments:

Post a Comment